AL-QUDS, 3 Mei 2016 (PIC) — Seorang pemuda Palestin berumur 18 tahun ditangkap oleh polis Zionis di Tembok Barat atas tuduhan menikam seorang pendatang Yahudi berdekatan Pintu al-Asbatt di Kota Lama al-Quds.
Polis Zionis mendakwa bahawa mereka menggunakan sistem kamera keselamatan Mabat 2000 yang boleh mengesan kejadian di seluruh kota tersebut, untuk menjejak seorang penduduk Palestin yang didakwa menikam Yahudi berumur 60 tahun itu.