Pemuda Palestin ditangkap di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 29 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap pemuda Hamza Khelaf, 23, di perkarangan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Pemuda yang berasal dari bandar Doura itu ditangkap ketika berjalan bersama keluarganya, sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

Sementara itu, polis Zionis menangkap seorang kanak-kanak berumur 15 tahun dari Baitulmaqdis, atas tuduhan membaling batu ke arah keretapi ringan di kejiranan Shufat.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts