Pemuda Palestin ditembak atas tuduhan cuba menikam

AL-KHALIL, 4 Mei 2017 (PIC) — Pemuda Palestin Muhammad Zakaria, 22, cedera ditembak oleh tentera Zionis dengan empat butir peluru di sebuah sekatan berdekatan Masjid Ibrahimi dengan mendakwa beliau cuba menikam seorang askar.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan melalui sekatan Mavia di sebelah timur Masjid Ibrahimi tanpa membawa apa-apa senjata atau barang mencurigakan. Beliau dibiarkan terbaring kesakitan selama lebih 20 minit sebelum sebuah ambulan tiba.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts