Pemuda Palestin ditembak mati, 3 askar Zionis cedera dalam serangan bersenjata di Ramallah

RAMALLAH, 31 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Palestin Mohammad Abdul Khalek Turkman, 25, selepas beliau dilaporkan menembak sekumpulan tentera Zionis yang sedang berkawal di menara Tembok Pemisah berdekatan kawasan penempatan haram Beit El di utara Ramallah malam tadi.

Tiga orang askar Zionis cedera, salah seorang daripadanya dalam keadaan parah, dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Hadassah.

Susulan kejadian tersebut, tentera Zionis menyerbu sebuah stesyen minyak dan kedai minum di bandar al-Biereh yang berdekatan, sambil melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata dan merampas semua rakaman kamera keselamatan.

Mohammad Abdul Khalek merupakan seorang pengawal keselamatan Palestin yang berasal dari bandar Qabatiya di selatan wilayah Jenin.

Lebih 100 serangan bersenjata dilancarkan oleh penduduk Palestin sejak tercteusnya Intifadah al-Aqsa. Sehingga kini, 263 orang penduduk Palestin terkorban.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts