Pemuda Palestin ditembak mati atas sangkaan cuba langgar tentera

AL-KHALIL, 3 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis semalam menembak mati pemuda Palestin Rami Waheed Hassan Sabarneh, 36, di kejiranan Jabir berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Rami Waheed, yang mempunyai tiga orang anak, ditembak ketika memandu sebuah jentera pengangkut dalam kerja meluaskan jalan dan membaiki insfrastrukur di kejiranan Jaber. Beliau bekerja di situ bersama pasukan kontraktor sejak awal pagi.

Oleh kerana bunyi kenderaanya yang kuat, beliau tidak mendengar arahan tentera Zionis supaya berhenti. Sungguhpun beliau tidak membawa sebarang ancaman, tentera Zionis menyangka Rami Waheed cuba melanggar mereka dan terus menembak beliau.

Beliau dibiarkan terbaring berdarah di atas tanah, di mana tentera penjajah menghalang ambulan daripada mendekatai kawasan kejadian untuk membantu.

Tentera mengusung mangsa ke dalam sebuah ambulan Zionis selepas ditutup dengan sehelai plastik hitam.

 

(PNN, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts