Pemuda Palestin ditembak mati atas sangkaan merempuh untuk membunuh

NABLUS, 3 Apr 2018 — Seorang pemuda Palestin berumur 30 tahun meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Zionis pagi tadi, apabila beliau cuba lari meninggalkan tempat kejadian di mana kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah hentian bas di kawasan penempatan haram Ariel di barat Nablus.

Pasukan tentera di tempat kejadian, Briged Kfir, mendakwa mangsa cuba membuat serangan dengan merempuh. Bagaimanapun kenyataan rasmi tentera Zionis memutuskan bahawa insiden tersebut “bukan serangan pengganas.”

Mangsa dikatakan sedang dikejar oleh pasukan keselamatan swasta kerana memandu sebuah kereta curi.

Tiada sebarang kecederaan lain dilaporkan.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts