Pemuda Palestin ditembak mati di al-Khalil

AL-KHALIL, 30 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Palestin Khalid Ahmad Elayyan Ikhlayyil, 23, selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sekumpulan polis sempadan Zionis berdekatan kawasan penempatan haram Gush Etzion di utara al-Khalil malam tadi.

Tiga anggota polis Zionis cedera, sebelum pemuda dari bandar Beit Ummar itu ditembak dan dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia.

Tentera Zionis bertindak dengan menutup laluan utama ke bandar Beit Ummar, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk Palestin.

Khalid menjadi mangsa pembunuhan tentera Zionis yang ke-262 sejak tercetusnya Intifadah al-Quds, di mana 78 daripadanya adalah dari wilayah al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts