Pemuda Palestin Ditembak Mati Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 22 Sep 2015 (FOA) — Pertempuran meletus di Al-Khalil berikutan kematian pemuda Palestin, Diyaa Abdul-Halim Talahmah Isnin lalu.

Diyaa, 21 tahun, adalah seorang pelajar Universiti Al-Quds yang ditembak oleh tentera Zionis di persimpangan Kharsa di selatan Doura, Al-Khalil.

Tentera Zionis mendakwa beliau cuba membaling bahan letupan ke arah mereka, tetapi ianya meletup sebelum sempat dibaling. Bagaimanapun para saksi mendakwa pihak tentera menembak Diyaa di bahagian kepala. Pegawai perubatan turut mengesahkan perkara tersebut.

Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin berkejar ke tempat kejadian, tetapi pihak tentera menutup seluruh kawasan tersebut. Diyaa dibiarkan berdarah sehingga beberapa jam dan hanya diserahkan kepada pihak ambulan setelah beliau menghembus nafas terakhir.

Kejadian ini bukanlah kali pertama pegawai tentera Zionis membuat dakwaan palsu. Pertubuhan hak asasi B’tselem mendakwa tentera Zionis memalsukan serta memutar-belit kes pembunuhan ratusan orang rakyat Palestin yang tidak bersalah. Kegagalan pihak rejim membuat penyiasatan ke atas jenayah seperti itu justeru meningkatkan kemarahan penduduk Palestin yang dinafikan keadilan secara berterusan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts