Pemuda Palestin ditembak mati di al-Quds, rakan cedera parah

RAMALLAH, 13 Julai 2016 (Maan) — Seorang pemuda Palestin Anwar al-Salaymeh, 22, meninggal dunia apabila tentera penjajah Zionis menembak kenderaan yang dinaiki mangsa di bandar al-Ram, di utara al-Quds pagi tadi.

Kenderaan tersebut ditembak dengan peluru hidup apabila disyaki cuba membuat serangan langgar lari.

Krew ambulan Palestin dihalang memasuki kawasan kejadian untuk membantu.

Dua mangsa terbabit dipindahkan ke sebuah hospital Zionis dalam keadaan parah, di mana Anwar kemudiannya disahkan meninggal dunia dengan kesan tiga das tembakan di bahagian belakangnya. Rakannya yang cedera adalah Fares Khader al-Rishq, 20.

Seorang lagi rakan beliau, Muhammad Nassar, 20, ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat interogasi.

Bulan lalu, sebuah kenderaan yang dinaiki oleh lima remaja Palestin ditembak di perkampungan Beit Sira di barat Ramallah, sehingga membunuh Mahmoud Raafat Badran, 15, dan mencederakan semua yang lain. Tentera Zionis kemudiaanya mendakwa mereka “tersilap” menembak mangsa ketika mengejar pemuda Palestin yang membaling batu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts