Pemuda Palestin ditembak mati di Beit Lahm

BEIT LAHM, 28 Julai 2017 — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Abdullah Ali Mahmoud Taqatqa, 24, di persimpangan penempatan haram Hush Etzion di selatan Beit Lahm, selepas menuduh beliu cuba menikam mereka.

Ketika kejadian, pemuda dari bandar Marah M’alla di timur Beit Lahm itu sedang berjalan ke arah Beit Lahm, kira-kira 20 meter dari pasukan tentera Zionis. Seorang askar menjerit dan melepaskan tembakan, sebelum rakan-rakannya melepaskan lima das tembakan lagi. Pasukan tentera tersebut mendekati mangsa, sebelum salah seorang daripada mereka menyepak dan memalingkan badan Abdullah dan melepaskan satu tembakan lagi.

Saksi mendakwa bahawa mangsa tidak membawa sebarang senjata ataupun pisau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts