AL-KHALIL, 1 Dis 2015 (PIC) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis pagi tadi, setelah belau dikatakan menikam seorang askar Zionis berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi Gush Etzion di selatan kota Bethlehem.
Tentera Zionis yang berada di persimpangan Gush Etzion melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemuda tersebut, Ma’amoun al-Khatib, 16 tahun, yang berasal dari Bethlehem. Tentera menutup jalan utama ke penempatan haram tersebut sejurus selepas insiden berlaku.
Seorang pendatang Yahudi juga dilaporkan cedera ditembak secara tidak sengaja oleh tentera Zionis.