Pemuda Palestin ditembak mati di Nablus

NABLUS, 24 Ogos 2016 (PIC) — Pemuda Palestin Sari Abu Ghurab, 24, ditembak mati oleh tentera Zionis selepas dituduh menikam seorang askar di selatan kota Nablus pagi tadi.

Menurut kenyataan tentera Zionis, sekumpulan pemuda Palestin membaling batu ke arah sebuah jip tentera dari dalam sebuah kenderaan berdekatan penempatan haram Yitzhar. Apabila tentera mengejar dan menghentikan mereka, Sari keluar dari kereta dan cuba menikam seorang askar di bahagian leher. Askar terbabit kemudiannya menembak Sari.

Ambulan Palestin dihalang mendekati mangsa di mana beliau dibiarkan berdarah sehingga mati.

Bagaimanapun laporan bergambar jelas menunjukkan Sari ditembak ketika masih berada dalam kereta yang dipandunya.

Sari yang berasal dari bandar Qabatya dijadual melangsungkan perkahwinan dua bulan lagi.

Tentera bertindak dengan menutup serta mengepung kawasan tersebut dan menjalakan operasi mencari. Bandar Madama yang terletak berdekatan tempat kejadian diserbu masuk, di mana mereka melepaskan gas pemedih mata dan grenad pelali serta merampas rakaman kamera keselamatan dari kedai-kedai di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts