Pemuda Palestin Ditembak Mati Di Pintu Damaskus, Al-Quds

BETHLEHEM, 3 Dis 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati di Jalan Hanevim berdekatan Pintu Damaskus di Kota Lama Al-Quds selepas beliau didakwa menikam dan mencederakan seorang polis Zionis.

Pihak berkuasa rejim Zionis mengenal pasti mangsa sebagai pemuda berumur 21 tahun yang berasal dari Tulkarem itu.

Media Zionis bagaimanapun membuat laporan yang bercanggah, di mana pada awalnya melaporkan bahawa anggota polis Zionis tersebut cedera parah ditikam. Namun kemudian laporan menyebut bahawa beliau terkena tembakan seorang anggota polis lain yang menembak pemuda Palestin tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts