RAMALLAH, 20 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Palestin Bahaa’ al-Hirbawi, 23, di sekatan tentera Jaba berdekatan Ramallah selepas dituduh cuba membuat serangan menikam.
Sejurus selepas kejadian, tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga Bahaa’ di daerah Alezariya di kota al-Quds dan menangkap bapa beliau.
Seramai 326 penduduk Palestin menjadi korban pembunuhan rejim Zionis dan pendatang Yahudi sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.