RAMALLAH, 4 Disember 2015 (PIC) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas menikam seorang askar di laluan masuk ke perkampungan Abud di barat Ramallah.
Tentera dan krew ambulan Zionis dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu askar tersebut, yang mengalami kecederaan di bahagian lehernya. Manakala jasad pemuda Palestin terbabit, Abdulrahman al-Barghouthi, 27 tahun, dibawa dengan sebuah ambulan Palesitn ke Hospital Arafat di Ramallah.
Abdulrahman adalah seorang penduduk Palestin yang juga memiliki kewarganegaraan Amerika.