Pemuda Palestin ditembak mati di sekatan Hawara

NABLUS, 22 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin selepas menuduh beliau cuba membuat serangan menikam berdekatan sekatan Hawara di Nablus, utara Tebing Barat, lewat malam tadi.

Mohamed Fawzi Adawi, 36, dituduh cuba menikam seorang anggota tentera sebelum ditembak oleh seorang anggota tentera yang lain. Bagaimanapun, tiada kecederaan dari kalangan pasukan tentera Zionis.

Susulan kejadian, tentera Zionis mengisytihar kawasan tersebut sebaga zon larangan tentera.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts