Pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis

BEIT LAHM, 10 Julai 2017 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis selepas dituduh cuba membuat serangan dengan merempuh kenderaan yang dipandunya di satu persimpangan antara bandar Tuqu dan kawasan penempatan haram Maale Amos di selatan Beit Lahm.

Setelah merempuh beberapa orang askar yang sedang bertukar sif tugasan di sebuah menara tentera di situ, pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Ibrahim Jibril, 24, itu dikatakan keluar dari kenderaan keluar dari keretanya dan cuba menikam tentera, yang kemudian menembak beliau. Muhammad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang askar Zionis dilaporkan cedera dilanggar.

Susulan kejadian, tentera Zionis menutup laluan masuk utama ke bandar Tuqu, dan kumpulan besar tentera serta beberapa gerombolan pendatang Yahudi turut berkejar ke situ.

Tentera Zionis menghalang sebuah ambulan Bulan Sabit Merah daripada membantu mangsa, di mana beliau dibiarkan terbaring berdarah dan ditutup dengan sehelai beg plastik. Mereka bagaimanapun membenarkan ambulan-ambulan Zionis membawa tiga askar ke sebuah hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts