Pemuda Palestin ditembak mati secara sengaja

NABLUS, 4 Nov 2020 — Pasukan tenetra Zionis secara sengaja menembak mati seorang pemuda Palestin berdekatan sekatan Huwara di selatan Nablus, selepas mendakwa mangsa cuba menembak mereka, tengahari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Bilal Adnan Rawajba, 29, seorang kaunselor undang-undang Pihak Berkuasa Palestin di daerah Tubas. Beliau tinggal di perkampungan Iraq al-Tayeh di timur Nablus.

Ketika kejadian, pasukan tentera melepaskan puluhan das tembakan ke arah mangsa yang sedang berada dalam keretanya. Tentera penjajah menghalang petugas Bulan Sait Merah Palestin mendekati mangsa untk membantu, dan membiarkan beliau berdarah sehingga meninggal dunia sebelum menahan jenazahnya.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts