Pemuda Palestin Ditembak Mati Selepas Menikam Pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 25 Nov 2015 (IMEMC) — Pemuda Palestin Mohammad Ismael Shobaki, 19 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan teruk ditembak tentera Zionis selepas beliau menyerang dan menikam seorang askar berdekatan kem pelarian al-Fawwar di selatan Al-Khalil tengahari tadi.

Mohammad Ismael, seorang pelajar Kolej Al-‘Arroub, dilaporkan keluar dari keretan yang dinaikinya dan menyerang askar tersebut. Askar yang mengalami kecederaan di bahagian kepala itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Shaare Zedek di Al-Quds.

Tentera Zionis menutup laluan di persimpangan al-Fawwar dan melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang berkumpul di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts