Pemuda Palestin ditembak mati selepas seorang askar Zionis ditikam

BAYT LAHM, 5 Jan 2016 (Maan) — Pemuda Palestin Ahmad Younis Kawazba, 18, ditembak mati selepas beliau dikatakan menikam seorang askar Zionis yang berkawal di persimpangan Gush Etzion di selatan Bayt Lahm.

Ahmad yang berasal dari bandar Sair di utara al-Khalil dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, di mana beliau telah dibiarkan berdarah kesakitan manakala askar berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dirawat oleh paramedik Magen David Adom sebelum dibawa ke pusat perubatan Shaare Zedek di al-Quds.

Jenazah Ahmad masih ditahan oleh rejim penjajah Zionis. Beliau merupakan mangsa pembunuhan rejim penjajah yang keenam dari Sair sejak awal Oktober lalu.

Persimpangan Gush Etzion, iaitu jalan masuk utama ke blok penempatan haram Yahudi Gush Etzion, menyaksikan lebih 10 serangan sejak Oktober lalu, di mana sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin dan tiga pendatang Yahudi maut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts