Pemuda Palestin Ditembak Selepas Menikam Yahudi Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 7 Dis 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas disyaki menikam dan mencederakan seorang lelaki Yahudi berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama Al-Khalil.

Ihab Fathi Miswadi, 21 tahun, dibiarkan dalam keadaan cedera selepas ditembak tanpa sebarang bantuan, bahkan pihak tentera menghalang pasukan kecemasan Palestin mendekati beliau.

Masjid Ibrahimi dan kota Al-Khalil menyaksikan beberapa insiden maut kebelakangan ini, di mana satu pertiga daripada 112 kematian di kalangan Palestin sejak awal Oktober lalu berlaku di Al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts