Pemuda Palestin dituduh menikam, cedera parah ditembak tentera

NABLUS, 25 Apr 2017 (Maan) — Pemuda Palestin Amjad Maher Jaafar, 17, cedera parah ditembak beberapa kali di bahagian perut oleh tentera Zionis atas tuduhan cuba menikam seorang askar yang berkawal di sekatan Hawara di selatan Nablus tengahari tadi.

Ketika kejadian, Amjad cuba melintas sekatan dengan membawa sebuah beg sekolah.

Tentera menghalang ambulan dan pasukan perubatan mendekati kawasan kejadian, sementara sebuah ambulan Zionis memindahkan mangsa ke Pusat Rawatan Rabin di Petah Tikva.

Tiada sebarang kecederaan di pihak tentera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts