Pemuda Palestin mati ditembak oleh polis Zionis

AL-QUDS, 14 Dis 2016 (PIC) — Pemuda Palestin Hammad Dakhil Syaikh cedera parah ditembak oleh pasukan polis penjajah Zionis dan kemudian meninggal dunia di hospital, selepas beliau dituduh menikam dua orang Yahudi menggunakan pemutar skru di pintu al-Amud di Kota Lama al-Quds tengahari tadi.

Pemuda berumur 21 tahun dari wilayah al-Khalil itu dibiarkan terbaring dalam keadaan berdarah selama 20 minit setelah terkena lebih 10 das tembakan, sebelum dikejarkan ke Hospital Hadasah dalam keadaan kritikal di mana beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian, tentera Zionis dikerahkan secara besar-besaran ke Kota Lama dan mereka kemudian menutup semua laluan menuju ke Lorong al-Wadi.

Hammad merupakan mangsa pembunuhan Zionis yang ke 268 sejak tercetusnya Intifadah al-Quds lebih setahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts