Pemuda Palestin mati ditembak selepas dituduh menikam

AL-QUDS, 13 Mac 2017 (PIC) — Pemuda Palestin Ibrahim Mahmoud Mattar, 25, meninggal dunia selepas ditembak oleh pasukan polis Zionis apabila dituduh menikam dua orang pegawai pengawal sempadan Zionis berdekatan balai polis di Bab al-Asbat, laluan masuk Kota Lama menuju ke Masjid al-Aqsa, ketika para jemaah hadir untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Mangsa ditembak dari jarak dengan dengan empat butir peluru. Ketika ditembak, mangsa dikatakan membawa sebatang tongkat. Saksi menyebut bahawa polis Zionis memeriksa Ibrahim secara tidak manusiawi, sehingga mencetus perbalahan dan menyebabkan insiden tembakan tersebut.

Keluarga mangsa menyangkal tuduhan pihak Zionis dan mencabar mereka supaya menyiar rakaman kamera keselamatan untuk membuktikan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Polis Zionis menghalang orang ramai dan ambulan daripada mendekati tempat kejadian untuk membantu, dan mangsa dibiarkan cedera berdarah sehingga meninggal dunia.

Selepas kejadian, tentera Zionis mengepung rumah keluarga mangsa di kejiranan Jabal al-Mukabbir di selatan Kota Lama al-Quds dan menangkap ibubapa serta beberapa orang saudaranya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts