Pemuda Palestin mati ditembak tentera Zionis

JERICHO, 10 Mac 2019 — Pemuda Palestin Salameh Salah Kaabneh, 22, meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Zionis di sebuah sekatan jalan berdekatan kota Jericho di Tebing Barat, awal pagi tadi.

Salameh yang berasal dari kawasan Fasayel di perkampungan al-Auja, Jericho, ditembak ketika cuba melepasi sekatan tentera. Beliau didakwa enggan menghentikan kenderaan dan cuba merempuh pasukan tentera.

Dua lagi pemuda yang menaiki kenderaan tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri.

(Maan, PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts