Pemuda Palestin maut selepas dipukul tentera Zionis

RAMALLAH, 18 Sep 2018 — Pemuda Palestin Mohamed al-Rimawi, 24, meninggal dunia pagi tadi hanya dua jam selepas dipukul secara ganas oleh segerombolan tentera Zionis yang cuba menangkap beliau dalam rumahnya di perkampungan Beit Reyma, Tebing Barat.

Dalam kejadian tersebut, Mohamed dipukul sepanjang proses tentera menculik beliau di dalam biliknya. Beliau juga dipukul dengan pemegang senjata sehingga jatuh pengsan, sebelum dilarikan ke satu lokasi rahsia.

Jenazah beliau kini dipindahkan ke Pusat Forensik Abu Kabir di wilayah Palestin 1948.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts