Pemuda Palestin meninggal dunia akibat kecederaan ditembak sebulan lalu

AL-KHALIL, 20 Jun 2016 (PIC) — Remaja Palestin Arif Jaradat, 19, akhirnya meninggal dunia petang semalam akibat kecederaan ditembak berdekatan rumahnya di bandar Sair di utara al-Khalil sebulan lalu.

Arif yang mengidap penyakit down syndrome di tembak dengan peluru hidup di bahagian belakang badannya dan kemudian dirawat di Hospital al-Ahli di kota al-Khalil, di mana beliau telah menjalani beberapa pembedahan.

Beliau merupakan salah seorang daripada 219 penduduk Palestin, termasuk 13 penduduk Sair, yang dibunuh oleh tentera Zionis atau pendatang Yahudi sejak Oktober 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts