Pemuda Palestin meninggal dunia dalam tahanan Zionis

RAMALLAH, 22 Feb 2018 — Pemuda Palestin Yassin Omar al-Saradih meninggal dunia ketika berada dalam tahanan Zionis pagi tadi, tidak lama selepas dipukul dan ditangkap di kota Jericho.

Yassin, 33, dilaporkan meninggal dunia berikutan serangan sawan akibat terdedah kepada serangan gas pemedih mata yang sangat banyak.

Yassin berkejar ke kawasan kejadian pada jam 4:00 pagi apabila tentera memecah masuk dan menggeledah rumah bapa saudaranya Khamis Hattab, untuk melihat apa yang berlaku. Secara tiba-tiba sekumpulan tentera memukul beliau dan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Beliau kemudian diheret ke dalam sebuah jip tentera dan dilarikan.

Sekitar jam 9:30 pagi, keluarganya menerima panggilan telefon memaklumkan kematian beliau.

Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, Yassin dipukul secara ganas di bahagian kepala ketika ditahan. Beliau merupakan seorang yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit.

(Maan, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts