Pemuda Palestin meninggal dunia di tembak dalam pertempuran di Al-Khalil

AL-KHALIL, 11 Dis 2015 (Maan) — Pemuda Palestin Uday Irsheid, 24 tahun, meninggal dunia selepas cedera parah ditembak di bahagian dada dalam satu pertempuran di kawasan Ras al-Jura, di jalan masuk sebelah utara ke daerah Al-Khalil.

Pertempuran tersetus berikutan satu perarakan merayakan 28 tahun penubuhan pergerakan Hamas.

Kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut seramai sembilan penduduk Palestin ditembak dengan peluru hidup dan tiga lagi ditembak dengan peluru getah. Semua mangsa dibawa ke sebuah pusat Jawatankuasa Pekerja Kesihatan untuk dirawat.

Adik Uday, Dania, telah ditembak mati oleh tentera Zionis pada 25 Oktober lalu selepas tentera menuduh beliau membawa sebilah pisau. Siasatan Amnesty International mendapati tentera Zionis tidak mempunyai sebarang alasan yang sah untuk membunuh Dania yang tidak memberi sebarang ancaman ketika kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts