Pemuda Palestin meninggal dunia selepas cedera ditembak oleh tentera Zionis

AL-QUDS, 12 Okt 2016 (IMEMC) — Pemuda Palestin Ali Atef Shiokhi, 20, cedera parah ditembak dengan peluru hidup ketika tentera Zionis menceroboh masuk dan bertempur dengan penduduk di bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa malam tadi.

Ali dibiarkan cedera berdarah sehingga meninggal dunia, di mana tentera penjajah memasang sekatan yang menghalang pasukan perubatan mendekati mangsa untuk dibawa ke hospital.

Ali merupakan seorang bekas tahanan yang dibebaskan awal tahun ini, setelah merengkok dalam penjara Zionis selama 15 bulan.

Almarhum dikebumikan dua jam selepas disahkan meninggal dunia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts