Pemuda Palestin meninggal dunia setelah cedera selama 9 tahun

AL-KHALIL, 8 Julai 2018 — Pemuda Palestin Ya’koub Nassar, 20, pagi tadi meninggal dunia akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis di bahagian tulang belakangnya sembilan tahun lalu.

Pemuda dari kem pelarian Fawar di selatan al-Khalil itu cedera sejak berumur 11 tahun pada tahun 2009, sehingga mengalami kelumpuhan (hemiplegik) dari pinggang ke bawah.

Februari tahun lalu, sebelah kakinya dipotong di Hospital Ichilov namun keadaan beliau terus memburuk, dan mula menanggung kegagalan buah pinggang.

(PIC, Al-Araby, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts