Pemuda Palestin Terbunuh Dilanggar Lari Oleh Pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 4 Dis 2018 — Pemuda Palestin Rami Asad, 38, terbunuh apabila dilanggar lari dengan sebuah bas yang dipandu laju oleh pendatang Yahudi di laluan pintas Jalan 60 berdekatan bandar al-Khader, selatan kota Beit Lahm.

Mangsa yang berasal dari bandar Artas itu dilanggar secara sengaja ketika sedang menuju ke kebunnya. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian dan pihak berkuasa Zionis hanya menyerahkan jenazah kepada keluarganya selepas lebih lima jam kemudian. Jenazah beliau kemudian dibawa ke Hospital Beit Jala di Beit Lahm.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts