Pemuda Palestin Tutup Laluan Pintas Yahudi di Tebing Barat

RAMALLAH, 18 Dis 2017 — Kumpulan-kumpulan pemuda Palestin menyeru api intifadah ditingkatkan dengan menyekat laluan pintas yang dibina khusus dan diguna oleh pendatang Yahudi di sekitar Tebing Barat.

Kempen melalui media sosial itu menyebut bahawa tindakan menutup jalan merupakan salah satu cara membantah penjajah Zionis dan pengisytiharan Amerika terhadap kota suci al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis.

Bantahan merebak ke seluruh wilayah Palestin sejak 10 hari lalu, di mana lapan penduduk Palestin telah terkorban.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts