Pemuda terbunuh ditembak tentera Zionis, kakaknya cedera parah

RAMALLAH, 31 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menembak dua beradik berdekatan pos penempatan haram Halamish di perkampungan Nabi Saleh, di barat laut Ramallah, membunuh pemuda Mohammad Abdullah Mousa, 26, dan mencederakan kakaknya Latifa, 33.

Tentera Zionis mendakwa dua beradik tersebut cuba membuat rempuhan berdekatan sebuah kem tentera bersebelahan pos Halamish. Tiada sebarang kecederaan dari kalangan tentera.

Kenyataan tentera Zinis kemudiannya bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa mangsa telah cuba membuat rempuhan.

Ketika kejadian, tentera Zionis menghalang pasukan paramedik membantu Mohammad dan dibiarkan berdarah, sebelum akhirnya dibawa ke Hospital Beilinson di Petah Tikva. Namun beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Sementara kakaknya dikejarkan ke Hospital al-Reihan di utara Ramallah untuk rawatan kecemasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts