Pencerobohan ke atas al-Aqsa meningkat lebih 250% pada tahun 2016

AL-QUDS, 16 Jan 2017 (MEMO) — Tahun 2016 menyaksikan pencerobohan pendatang Yahudi paling banyak ke atas Masjid al-Aqsa sejak dijajah 50 tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan oleh pihak rejim menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya 250% berbanding catatan tertinggi tujuh tahun sebelumnya; di mana seramai 5,658 orang Yahudi menceroboh masuk pada tahun 2009, manakala seramai 14,000 orang menceroboh masuk pada tahun 2016.

Statistik tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira kes serbuan yang dibuat oleh pelajar Yahudi dan pasukan keselamatan Zionis, samada pasukan berpakaian serangan mahupun preman.

Statistik yang diterbitkan oleh Quds Press menunjukkan seramai 17,6012 orang Yahudi menceroboh masuk pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 310% berbanding tahun 2009.

Peningkatan tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan pihak rejim mengharamkan pertubuhan-pertubuhan yang mempertahankan dan menghalang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu, termasuk Sekolah Syariah yang terletak di perkarangan masjid dan pertubuhan Pergerakan Islam 1948.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts