AL-QUDS, 5 FebĀ 2014 (BHP) — Laporan tahunan yang diterbitkan oleh Wadi Hilweh Information Center menunjukkan sebanyak 12,892 kes pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa sepanjang tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 142% daripada tahun sebelumnya.
Peningkatan sangat ketara juga dilaporkan dalam kes penutupan masjid, di mana para jemaah telah dihalang daripada menunaikan solat Jumaat dan Muslimat dilarang daripada berada di dalam masjid.
Perancangan Zionis ke atas Masjid al-Aqsa semakin jelas kebelakangan ini, di mana mereka giat berusaha untuk menukar status Masjid al-Aqsa sebagai harta negara. Melalui status tersebut, kawasan masjid yang ketiga paling suci itu bagi umat Islam itu akan ditadbir di bawah pejabat pendaftar tanah negera haram Zionis itu.
November lalu Menteri Perumahan Zionis, Uri Ariel, dalam kenyataannya melalui stesyen radio Kol Berama menyebut bahawa pembinaan Kuil Ketiga Yahudi di atas kawasan Masjid al-Aqsa merupakan tuntutan utama di dalam kitab Taurat, justeru mereka akan berusaha untuk menukar status Masjid al-Aqsa bagi membina rumah ibadah mereka itu.
Parti-parti politik juga menggunakan isu pembinaan kuil Yahudi sebagai bahan kempen utama pilihanranya mereka yang akan diadalakan Mac depan. Isu tersebut akan menjadi tarikan kepada undi pendatatang Yahudi, yang selama ini bercita-cita dan berusaha untuk membina kuil di atas runtuhan masjid al-Aqsa.
Adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mempertahankan masjid yang menjadi tempat peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW itu.
Berikut adalah jadual perbandingan statistik sebahagian daripada pencabulan Zionis ke atas Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin sepanjang tahun 2013 dan 2014.
Jenis Pencabulan | 2013 | 2014 |
Pencerobohan masuk ke Masjid al-Aqsa | 9,050 | 12,892 |
Larangan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa | 6 kali | 17 kali |
Pertempuan di dalam Masjid al-Aqsa | 13 kali | 17 kali |
Penutupan Masjid al-Aqsa pada hari minggu | 41 kali | |
Penangkapan | 1,450 | 2,250 |
Penangkapan remaja/kanak-kanak | 450 | 700 |
Penangkapan wanita | 25 | 69 |
Umur kanak-kanak ditangkap | paling muda 5 tahun | paling muda 7 tahun |
Perobohan oleh pihak berkuasa Zionis | 95 buah rumah | 100 buah rumah, 20 tanah perkuburan |
Bilangan kehilangan tempat tinggal akibat perobohan | 446 | 250 |
Serangan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin | lebih 50 | lebih 80 |
Mangsa pembunuhan (Palestin) oleh pendatang Yahudi | 2 orang | |
Kes merosakkan tayar kenderaan penduduk Palestin | 65 kenderaan | 106 kenderaan |
Bilangan harta penduduk Palestin yang dirampas di al-Quds | 2 buah kedai do Kota Lama al-Quds | 36 apartmen di Silwan |