Penculikan Naib Presiden Khalid Thofesh Berulang

Bethlehem, 20/1/12 – Pagi ini, satu penculikan telah berlaku ke atas Naib Presiden, Khalid Thofesh dan mereka (tentera zionis) telah membawanya ke ‘Ofar’ yang merupakan tempat tahanan yahudi.

Keluarga Thofesh berkata bahawa sekolompok besar pasukan tentera zionis telah membuat satu serbuan di rumahnya di bandar Za’tara Timur di bandar Bethlehem pada jam 1:30 pagi. Mereka juga  telah menjalankan satu operasi siasatan dengan teliti serta merampas telefon bimbit dan komputer beliau lalu terus menangkapnya.

Dikatakan, ini merupakan tangkapan yang ketiga setelah keanggotaannya dalam Majlis Perundangan sejak pilihan raya tahun 2006.

Bersempena dengan penangkapan Thofesh dan Doktor Aziz Dweik yang merupakan Presiden Majlis Perundangan petang semalam, bilangan presiden-presiden yang telah diculik telah meningkat menjadi 24 orang.

 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zulkarnain bin Ahmad
Sumber : palestine-info.info

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts