AL-QUDS, 22 Apr 2016 (PIC) — Sebuah pertubuhan Yahudi menghasut ahlinya supaya menyertai satu upacara sembelihan pada hari Jumaat, iaitu hari pertama dalam perayaan Passover Yahudi, di tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa.
Terdahulu, kumpulan tersebut juga mengajak kaum Yahudi supaya berarak secara besar-besaran ke Masjid al-Aqsa sepanjang perayaan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, segerombolan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan polis menceroboh Masuk ke Masjid al-Aqsa secara provokasi di hadapan para jamaah masjid. Dalam perjalanan mereka keluar, beberapa pendatang Yahudi mencemari dan menghina tanah perkuburan al-Rahma yang terletak di tembok timur masjid.