AL-KHALIL, 21 Sep 2015 (PIC) — Pendatang Yahudi semalam menganjurkan satu konsert tarian di dalam Masjid Ibrahimi di Al-Khalil, selatan Tebing Barat.
Konsert yang penuh provokasi tersebut dilangsungkan di bawah kawalan ketat tentera Zionis. Ia merupakan kali pertama provokasi seumpamanya dilakukan, dalam usaha rejim Zionis untuk meyahudisasi tempat-tempat suci Islam di Palestin.
Tentera Zionis menghalang penduduk Islam Palestin daripada memasuki Masjid Ibrahimi atas alasan untuk menyambut perayaan agama Yahudi. Sedangkan umat Islam sedang melalui 10 hari pertama bulan Zulhijjah, yang merupakan hari-hari utama dalam Islam menjelangkan perayaan Eidiladha pada hari Khamis nanti.