Pendatang Yahudi, askar Zionis cedera dalam serangan di al-Quds dan al-Khalil

AL-QUDS, 3 Jan 2016 (PIC) — Seorang pendatang Yahudi dan seorang askar wanita Zionis cedera petang tadi dalam dua insiden serangan yang berasingan masing-masing di al-Quds dan al-Khalil.

Seorang pendatang Yaudi cedera parah ditikam oleh seorang remaja Palestin di kawasan penempatan haram Armon Hanatziv yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Gunung Scopus di al-Quds. Pemuda Palestin tersebut dilapor melarikan diri ke arah perkampungan Sour Baher, di mana tentera Zionis kemudiannya mengepung kawasan tersebut untuk menangkap beliau.

Manakala di al-Khalil, seorang askar wanita Zionis berumur 20 tahun cedera ditembak berdekatan Masjid Ibrahimi. Tentera Zionis mengadakan kempen besar-besaran mencari penembak di kawasan kejadian.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts