Pendatang Yahudi bakar kebun Palestin di Nablus

NABLUS, 28 Jun 2017 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzar membakar beberapa kebun milik petani Palestin di bandar Bourin di selatan wilayah Nablus, hanya dua hari selepas mereka menebang pokok-pokok di situ.

Kebakaran merebak ke kawasan sekitar kerana cuaca panas.

Rakaman foto menunjukkan pasukan tentera dan polis Zionis memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi terbabit di tempat kejadian.

Pendatang Yahudi dari penemapatan haram Yitzar terkenal dengan ideologi fanatik dan sering membuat serangan ke atas penduduk Palestin, ambulan serta tentera Zionis sendiri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts