Pendatang Yahudi bakar kebun zaitun di Nablus

NABLUS, 23 Jun 2016 (PIC) — Sekumpulan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Rachalim membakar puluhan ekar tanaman zaitun milik penduduk Palestin berdekatan simpang Qablan di selatan Nablus petang tadi.

Api merebak dengan cepat kerana cuaca musim panas. Pendatang Yahudi turut meghalang pihak bomba Palestin masuk untuk memadam kebakaran.

Menurut laporan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), sejumlah 49 serangan telah dilakukan oleh pendatang Yahudi ke atas harta penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds sejak awal tahun 2016.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts