NABLUS, 10 Mei 2017 (Maan) — Pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Bracha hari ini membakar kebun zaitun seluas puluhan hektar di perkampungan Jabal Abu Salem berdekatan bandar Bourin, selatan kota Nablus.
Kumpulan pendatang Yahudi tersebut turut menyerang penduduk Palestin yang cuba memadam kebakaran serta menyerbu rumah milik Hamzi al-Zein. Mereka membaling batu ke arah rumah tersebut dan cuba memecah masuk, bagamanapun berjaya dihalang oleh penduduk.
Mereka juga menculik seorang kanak-kanak Palestin, namun berjaya diselamatkan semula oleh bapanya bersama beberapa penduduk lain.
Pertempuran sering berlaku di bandar Bourin kerana tindakan pendatang Yahudi yang berulang kali menyerang keluarga Palestin dan harta mereka.