Pendatang Yahudi bakar masjid di al-Bireh

RAMALLAH, 27 Julai 2020 — Segerombolan pendatang Yahudi menyelinap masuk ke kota al-Bireh di wilayah Ramallah malam tadi, menconteng dinding sebuah masjid dengan slogan perkauman anti-Arab dan Islam sebelum membakar sebahagian daripada masjid tersebut.

Penduduk bergegas ke masjid Al-Bir wa Al-Thsan setelah menyedari berlaku kebakaran, dan berjaya memadamnya.

Masjid tersebut dibuka pada ahun 2016.

Serangan ke atas masjid-masjid di Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis semakin meningkat, namun kes jenayah seperti itu lazimnya tidak mendapat perhatian pihak beruasa Zionis.

(MEMO, IMEMC, Palinfo)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts