Nablus, Tebing Barat, 5 Sept (PNN) — Pendatang Yahudi bertindak membakar sebuah masjid di perkampungan Qasra di selatan Nablus selepas mencemar masjid tersebut dengan slogan menghina dan anti Islam.
Pendatang-pendatang tersebut dilaporkan tiba dari penempatanharam Yahudi Majdoleem selepas jam 1 pagi, melukis slogan menghina dan anti Islam sebelum meroboh pintu masjid dam mula membakar masjid itu.
Ketua Majlis Tertinggi bagi Mahkamah Syariah, Sheikh Yousef Adels, mendesak semua negara-negara Islam supaya bertindak dan membantu bangsa Palestin menyelamatkan masjid-masjid, terutama sekali Masjid al-Aqsa, daripada pencerobohan Yahudi.
Menurut kenyataan Menteri Awqaf dan Hal-Ehwal Agama, Dr Mahmmoud al Habbash, kejadian ini bukan pertama kali berlaku. Sikap anti Islam Yahudi dengan membakar masjid membuatkan keadaan menjadi lebih sukar dan menghalang keamanan.