Pendatang Yahudi bakar rumah, kebun di Nablus

NABLUS, 27 Julai 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yesh Kodesh menyerang beberapa buah rumah penduduk Palestin di kawasan Khillet al-Wusta berdekatan bandar Jaloud dan Qusra, tengahari tadi ketika penduduk mendirikan solat Jumaat.

Sebuah rumah dibakar dan sebuah lagi dirosakkan. Mereka turut serta membakar lebih 50 batang pokok dan kebun berdekatan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni tidak berada di dalam rumah ketika kejadian.

Pertempuran tercetus apabila para jemaah berkejar ke tempat kejadian untuk mempertahan harta mereka. Tentera Zionis tiba untuk melindungi pendatang Yahudi dan menangkap sebilangan penduduk Palestin.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts