NABLUS, 20 Julai 2016 (PIC) — Pendatang Yahudi membakar sebuah rumah milik keluarga Dawabsheh di bandar Duma di selatan Nablus awal pagi tadi.
Gerombolan pendatang Yahudi itu dilaporkan membaling bom Molotov ke dalam rumah tersebut, sehingga api merebak ke ruang dapur dan bilik tidur.
Keluarga Mohamed Dawabsheh berjaya keluar menyelamatkan diri, dan kemudiannya dibawa ke hospital kerana sesak nafas akibat asap tebal.
Pasukan Perkhidmatan Awam Palestin berjaya memadam kebakaran, di mana ruang dapur dan bilik tidur hangus sama sekali.
Insiden tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas ulang tahun pertama serangan yang membakar keluarga Saad Dawabsheh, yang telah mengorbankan beliau, isterinya dan bayi mereka.