Pendatang Yahudi bakar rumah penduduk Palestin

NABLUS, 26 Sep 2016 (PNN) — Sebahagian daripada bangunan sebuah rumah penduduk Palestin yang sedang dibina di perkampungan Burin di Nablus hangus dibakar oleh sekumpulan pendatang Yahudi awal pagi semalam.

Pasukan pertahanan awam Palestin berkejar ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran. Tiada kecederaan dilaporkan.

Tahun lalu, pendatang Yahudi membakar rumah keluarga Dawabsheh di perkampungan Duma di Nablus, mengorbankan tiga dari empat ahli keluarga tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts