BEIT LAHM, 24 Ogos 2016 (PIC) — Pendatang Yahudi dari penempatan haram Betar Illit hari ini membanjiri tanah pertanian penduduk Palestin di perkampungan Housan di barat Beit Lahm dengan air kumbahan.
Tanah keluarga Mamamra dan Ismail seluas 50 dunum itu ditanam dengan pohon zaitun dan anggur. Tindakan mereka mengepam masuk air kumbahan itu bukan sahaja akan merosakkan tanaman, bahkan juga tanah pertanian terbabit.