Pendatang Yahudi berleluasa curi tuaian zaitun di Nablus

BEIT LAHM, 29 Okt 2017 — Pendatang Yahudi secara berleluasa mencuri tuaian zaitun dari lebih 700 pokok dalam kebun petani Palestin di kawasan Nablus sejak beberapa hari lalu.

Sebahagian besar pencurian berlaku di sekitar kawasan penempatan haram Elon Moreh dan Itamar.

Hari ini, gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Kidumim mencuri tuaian dari kebun petani Palestin Omar Yameen di perkampungan Jit di wilayah Qalqiliya.

Para petani menuju ke kebun mereka setelah mendapat permit dari pihak berkuasa Zionis. Namun apabila mereka tiba di situ, semua buah zaitun telah dituai dan banyak pokok-pokok rosak dan menjadi kering akibat disembur dengan racun. Petani juga mendapati air kumbahan dari rumah pendatang Yahudi dipam masuk ke kebun mereka.

Kebun tersebut terletak di sebalik Tembok Pemisah, dan rejim Zionis hanya membenarkan petani Palestin menuai zaitun selama empat hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts